Tarikh Akhir Penerimaan Tuntutan Perjalanan Bulan Julai 2026
18 Julai 2026 Penting
Semua tuntutan perjalanan bagi bulan Julai 2026 hendaklah dikemukakan ke Program Perakaunan selewat-lewatnya pada 5 Ogos 2026, jam 4.00 petang.
Tuntutan yang diterima selepas tarikh tersebut akan diproses dalam kitaran bayaran bulan berikutnya. Sila pastikan borang disertakan resit asal dan kelulusan Ketua Bahagian masing-masing.