Piagam Pelanggan
Komitmen tempoh tindakan bagi setiap urusan kewangan.
Kami komited untuk:
• Memproses tuntutan perjalanan yang lengkap dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh terima.
• Memproses bayaran pembekal dalam tempoh 14 hari dari tarikh invois lengkap diterima.
• Mengeluarkan pesanan tempatan dalam tempoh 5 hari bekerja selepas kelulusan perolehan.
• Menjawab pertanyaan bertulis dalam tempoh 3 hari bekerja.
• Mengeluarkan penyata pendapatan tahunan (EA) sebelum 28 Februari setiap tahun.
Tempoh di atas dikira bagi permohonan yang lengkap dan menepati syarat. Permohonan tidak lengkap akan dikembalikan dengan sebab yang dinyatakan.