Perakaunan
3-
Berapa lama tuntutan perjalanan saya diproses?
Tuntutan yang lengkap diproses dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh terima. Tuntutan tidak lengkap akan dikembalikan dengan catatan sebab, dan tempoh dikira semula dari tarikh dokumen lengkap diterima semula.
-
Apa yang perlu disertakan bersama borang tuntutan perjalanan?
Resit asal penginapan dan tambang, kelulusan urusan rasmi daripada Ketua Bahagian, serta salinan surat jemputan atau arahan bertugas jika berkaitan.
-
Bilakah penyata pendapatan tahunan (EA) dikeluarkan?
Sebelum 28 Februari setiap tahun bagi tahun taksiran sebelumnya, selaras dengan Piagam Pelanggan.
Perolehan
2-
Bilakah sebut harga diperlukan?
Keperluan sebut harga bergantung pada nilai perolehan mengikut had semasa. Sila rujuk dokumen Tatacara Perolehan Secara Sebut Harga di ruangan Tatacara, atau hubungi Program Perolehan.
-
Bolehkah saya membeli dahulu dan tuntut kemudian?
Tidak. Perolehan hendaklah melalui pesanan tempatan yang dikeluarkan sebelum pembelian. Pembelian tanpa pesanan tempatan boleh menyebabkan tuntutan ditolak.
Belanjawan
1-
Bagaimana memohon pindah peruntukan antara kod objek?
Kemukakan Borang Permohonan Pindah Peruntukan kepada Program Belanjawan dengan justifikasi dan pengesahan baki peruntukan asal. Permohonan dinilai mengikut keperluan operasi dan baki semasa.
Pengurusan Aset
1-
Apa perlu dibuat jika aset rosak dan tidak boleh dibaiki?
Kemukakan Borang Pelupusan Aset Alih bersama laporan kerosakan. Lembaga Pemeriksa akan menilai sebelum kelulusan pelupusan diberikan.